Sandakan online shopping
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sandakan online shopping

Website ini khas buat warga Sandakan Sabah untuk membeli-belah secara online.
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Raih Status Jutawan

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Female Number of posts : 29
Age : 50
Location : Batu Sapi Sandakan Sabah
Job/hobbies : Fulltime Housewife / DCL dealer (Sub Bisnes Centre)
Registration date : 2008-02-26

Raih Status Jutawan Empty
PostSubject: Raih Status Jutawan   Raih Status Jutawan Icon_minitimeWed Feb 27, 2008 11:00 pm

Berita DCL

Saya petik dari Harian Metro 27hb Januari 2008



Raih status jutawan


Oleh FUAD HADINATA YAACOB

Hasil bekerja siang malam

KUALA LUMPUR: “Ketika mahu menyertai DCL beberapa tahun lalu, saya ambil keputusan nekad berhenti kerja meskipun ketika itu duit simpanan tak banyak.

“Malah, ketika hendak mendaftar pada 24 Oktober 2002, saya pinjam duit isteri RM2,500 yang hendak digunakan untuk sambung belajar dan beli susu anak,” kata Mohamad Azlan Mohamed Adnan, usahawan De Classic Life (M) Sdn Bhd (DCL) ketika menceritakan pengalaman awal penyertaannya dalam industri jualan langsung itu.

Mohamad Azlan, 35, yang menerima Anugerah Usahawan Cemerlang 2007 dalam Konvensyen Kebangsaan DCL semalam berkata, dengan wang berkenaan di samping tekad mengubah nasib keluarga, dia bekerja siang malam.


Raih Status Jutawan DCLbaru

Berkat kesabaran dan hasil usaha yang tidak kenal erti penat itu, bapa empat cahaya mata itu berjaya memegang status jutawan hanya dalam tempoh empat tahun selepas terbabit dalam DCL.


“Peluang menyertai DCL muncul apabila diperkenalkan seorang rakan mengenai syarikat itu. Selepas itu, saya berhenti kerja makan gaji dan terus memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang ini,” katanya yang turut ditabalkan sebagai Crown Ambassador (CA) iaitu anugerah tertinggi DCL kepada usahawannya.

Anak kelahiran Kelantan itu bukan saja boleh berbangga apabila mampu memiliki rumah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit selain pendapatan tinggi, tetapi tiga adiknya turut menyertai DCL dan kini hampir mencapai CA.

Mohamad Azlan antara lebih 40 usahawan DCL yang menerima pelbagai anugerah selain CA seperti Crown Director (CD), Anugerah Kelab Tabung Kereta serta Anugerah Khas, termasuk Pusat Servis Terbaik 2007.

Konvensyen yang dihadiri lebih 10,000 usahawan DCL daripada seluruh negara selain Indonesia, Thailand dan Filipina itu dirasmikan Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Samsu Baharun Abdul Rahman.

Hadir sama, Pengasas 1 merangkap Pengerusi Eksekutif DCL, Datuk Stapa Omar; Pengasas 2 yang juga Pengarah Kewangan DCL, Datuk Azlina Che Abdullah dan Duta DCL, pelakon Arash Mohamad.

Sementara itu, Samsu Baharun berkata, keyakinan dan kecenderungan orang ramai terhadap industri jualan langsung di negara ini menyaksikan perkembangan pesat berlaku dalam industri itu sehingga nilai urus niaga yang dicatatkan lebih RM5 bilion setahun.

Katanya, peningkatan luar biasa itu berikutan faktor industri berkenaan boleh diceburi sepenuh masa atau sambilan, selain seseorang itu boleh terbabit tanpa pengalaman.

Selain itu, katanya, faktor tanpa modal besar dan boleh dilakukan di mana saja mempengaruhi keyakinan orang ramai untuk menyertainya.

“Mengikut perangkaan kementerian, nilai jualan tahunan melalui aktiviti jualan langsung meningkat dari tahun ke tahun. Pada 1994 mencatat RM2.2 bilion dan 1998 meningkat kepada RM3.8 bilion dan selepas 10 tahun, nilai dicatatkan lebih daripada RM5 bilion,” katanya.

Stapa pula dalam ucapannya mengingatkan usahawan DCL meningkatkan integriti bagi menghadapi cabaran global, selain mengelak sikap melampaui batas, hasad dengki dan tidak menipu.

Mengenai perancangan syarikat tahun ini, Stapa berkata, pihaknya melancar beberapa produk baru, antaranya sistem perawatan air Oxy Pi D’ionik dan tuala wanita, selain membina kilang baru.

Majlis itu diserikan dengan persembahan Jamal Abdillah.
_________________
Back to top Go down
https://sandakan-dcl.board-directory.net
 
Raih Status Jutawan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» DCL Lahirkan usahawan jutawan Melayu

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Sandakan online shopping :: Komen & Pertanyaan :: Sudut Informasi :: Berita - berita tentang aktiviti DCL-
Jump to: