Sandakan online shopping
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sandakan online shopping

Website ini khas buat warga Sandakan Sabah untuk membeli-belah secara online.
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Menghargai usahawan DCL

Go down 
AuthorMessage
Anis Syafiqah

Anis Syafiqah


Number of posts : 1
Age : 49
Registration date : 2008-02-28

Menghargai usahawan DCL Empty
PostSubject: Menghargai usahawan DCL   Menghargai usahawan DCL Icon_minitimeThu Feb 28, 2008 8:28 am

KELUARGA



Menghargai usahawan DCL Kon_dc10





Menghargai usahawan DCL


Oleh MERAN ABU BAKAR
GAMAT sungguh majlis Konvensyen Kebangsaan DCL 2007 yang dihadiri oleh seramai 1,500 orang usahawan DCL termasuk duta-duta jutawannya dari seluruh Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.


Dengan tema konvensyen tahun ini, ‘Sehati Berjuang DCL Dijulang’, Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, bergegar Sabtu lepas dengan semangat dan sorakan warga DCL yang telah bersama-sama berjuang demi membangunkan sebuah syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) bumiputera yang unggul di negara ini.

Majlis yang dirasmikan oleh Setiausaha Parlimen, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Samsu Baharun, yang mewakili Menterinya, Datuk Seri Khaled Nordin itu memberi isyarat jelas bahawa DCL mampu bersaing dengan syarikat gergasi yang lain.

Turut hadir ialah Pengasas II merangkap Pengarah Kewangan DCL, Datuk Azlina Che Abdullah.

Memulakan ucapan, Pengasas 1 merangkap Pengerusi Eksekutif DCL, Datuk Stapa Omar membacakan pantun enam kerat hasil nukilan Azlina:

Dari kaca menjadi permata,
Permata berlian berhias mutiara,
Jika tidak keranamu tuan,
Tidaklah DCL terus dijulang,
Membawa wadah satu perjuangan,
Budimu tuan tetap dikenang.


Stapa berkata, perniagaan jualan langsung pelbagai peringkat (MLM) merupakan industri yang berpotensi di dunia, namun ia memerlukan seseorang peserta sentiasa meningkatkan integriti diri bagi menghadapi segala cabaran.
Beliau mengingatkan usahawan DCL agar sentiasa muhasabah diri dan membersihkan hati supaya setiap langkah perjuangan memberi kemenangan dunia dan akhirat.

‘‘Mengikut rekod World Federation of Direct Selling Association (WFDSA) 2005, Malaysia menduduki tempat keempat di Asia Pasifik dan ke-12 di seluruh dunia. Sementara rekod tahun 2006 menunjukkan Malaysia menduduki tangga keempat di Asia Pasifik tetapi naik satu anak tangga di peringkat dunia, iaitu di tempat ke-11,’’ katanya.

Tambah beliau, adalah penting bagi semua usahawan DCL memperkasa hati dan mengamalkan kejujuran serta keikhlasan yang menjadi teras kekuatan.

Beliau menjelaskan, awal tahun ini DCL telah menyediakan dana tambahan RM1 juta bagi produk baru, sistem perawatan air Oxy P1 D’Ionik serta produk yang baru diperkenal, iaitu tuala wanita istimewa dari Turki.

‘‘Bagi perancangan DCL fasa tiga, bermula 2009 hingga 2013, sebuah kilang baru DCL akan dibina di tapak tanah sendiri.

‘‘Kemenangan ini adalah berkat istiqamah dan kerja keras semua pihak yang telah bersama-sama melalui detik sukar. Namun dengan motivasi dan semangat kekeluargaan yang tinggi, kita berjaya menghadapi dan mengatasinya,’’ katanya.

Sementara itu, Samsu berkata, berdasarkan rekod kementerian sehingga bulan November 2006, terdapat 552 buah syarikat berkonsepkan MLM.

Beliau menambah, kecenderungan dan keyakinan orang ramai kepada industri MLM sangat tinggi dan industri tersebut menyumbang sumber pendapatan tambahan lumayan sama ada berniaga secara sepenuh masa atau sambilan.

‘‘Tanpa apa-apa pengalaman pun, seseorang itu masih berpeluang berjaya sebagai seorang pengedar kerana latihan akan diberikan.

‘‘Berdasarkan statistik kementerian, lebih 50 syarikat jualan langsung tempatan telah mengembangkan operasi di peringkat antarabangsa dan antaranya ialah syarikat DCL,’’ jelas Samsu.

Beliau berkata, menjadi hasrat kerajaan ingin membasmi kemiskinan dan pengangguran dan industri MLM dilihat antara peluang perniagaan yang sangat berpotensi yang boleh merealisasi hasrat tersebut.

Pada majlis itu juga beberapa anugerah khas telah diberikan seperti Anugerah Pusat Servis Cemerlang 2007, Pusat Servis Berpotensi 2007, Usahawan Cemerlang 2007, Usahawan Berpotensi 2007, Anugerah Tabung Kereta DCL dan Anugerah Crown Director (CD) 2007.


UTUSAN MALAYSIA
Back to top Go down
 
Menghargai usahawan DCL
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» DCL Lahirkan usahawan jutawan Melayu

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Sandakan online shopping :: Komen & Pertanyaan :: Sudut Informasi :: Berita - berita tentang aktiviti DCL-
Jump to: